Webinar x Kesejahteraan Kendiri – Adakah Anak Saya Bersedia Ke Sekolah? : Peranan Kemahiran Bahasa dan Komunikasi
12 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webinar Kesejahteraan Kendiri – Adakah Anak Saya Bersedia Ke Sekolah? : Peranan Kemahiran Bahasa dan Komunikasi yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webinar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai peranan penting kemahiran Bahasa dan komunikasi yang kukuh kepada anak-anak.
Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh Pn. Zuraida binti Ahmad Shahime yang merupakan Ahli Terapi Pertuturan. Dalam webinar ini, beliau telah menerangkan mengenai tanda-tanda anak bersedia dari segi bahasa, cara untuk meningkatkan sensori anak-anak, kemahiran bahasa yang membantu anak di sekolah dan intervensi awal untuk membantu perkembangan bahasa anak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: